Bakal haji terbabit, Azizan Darus, 66, dari Kampung Teluk Cengai di sini difahamkan mengadu tidak sihat dan mengalami bengkak kaki sejak tiga hari sebelum berlepas dengan penerbangan KT57.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail, berkata, jemaah terbabit mengadu sesak nafas dan diperiksa serta merta oleh pasukan perubatan yang berada di LTSAH kira-kira pukul 1.06 pagi.

azizan darus
Azizan Darus

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.18 pagi tadi.

"Keadaan bakal jemaah terbabit yang turut menghidapi masalah tekanan darah tinggi menjadi kritikal serta beberapa kali tidak sedarkan diri sebelum menerima rawatan resusitasi. 

"Bagaimanapun, bakal haji itu disahkan meninggal dunia akibat Pulmonary Embolism iaitu darah beku dalam saluran darah ke paru-paru pada pukul 6.18 pagi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.