Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan ringkas memaklumkan, Che Isa yang berasal dari Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.10 petang waktu tempatan.

Dia tiba di Arab Saudi menerusi penerbangan KT21 bersama-sama isterinya, Junaini Abd. Rahman.

Setakat ini, tiga jemaah haji Malaysia meninggal dunia dengan kematian pertama di Malaysia dan yang kedua di Madinah.

Sementara itu, seramai 13,867 jemaah haji Malaysia kini telah berada di Arab Saudi.

Daripada jumlah itu, seramai 13,787 berada di Mekah, manakala 80 lagi di Madinah.