“Pihak berkuasa Arab Saudi menarik saya semasa saya sedang hendak memulakan solat Maghrib di masjid. Saya tidak tahu apa kesilapan yang telah saya buat. Saya jadi takut.

“Saya besyukur, rupanya saya insan bertuah kerana diberi penghargaan ini,” kata Mohamad Khair selepas menerima penghargaan itu kepada wartawan Malaysia di Masjidilharam, di sini semalam.

Dia bersama sembilan lagi jemaah haji telah dibawa ke satu kawasan berkarpet dan berpagar untuk melalukan solat maghrib di situ, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku.

Wartawan Malaysia, Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia); Ahmad Lokman Mansor (NST), Elmi Rizal Elias (Bernama) dan Nasharuddin Muhammad (Harian Metro), berpeluang menyaksikan majlis bersejarah itu.

Sementara itu Wan Suhaimi yang terpisah dengan isterinya, Nadzrimah Moktar, 40 dan gagal menghunginya melalui telefon kerana ‘ditahan, dalam majlis tersebut.

“Saya terkejut ditahan tapi akhirnya saya bersyukur kerana diberi penghargaan ini. Saya berpeluang bertemu dan bersalam dengan Imam Masjidilharam,” katanya sambil tersenyum.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi Masjidilharam, pemberian hadiah itu adalah sebahagian dari kempen “Berkhidmat untuk jemaah haji adalah satu penghormatan bagi kami”.

Terdahulu majlis serupa diadakan pihak Masjidilharam

Kesemua penerima penghargaan itu mendapat senaskah al-Quran, sejadah dan air zamzam. - UTUSAN ONLINE