Larangan itu dilihat semakin kritikal ketika suhu di sini terus meningkat.

Ketua Maktab 88 di Hotel Land Premium, Nazif Md. ­Ariff berkata, adalah penting bagi setiap jemaah haji mematuhi larangan tersebut kerana itu me­rupakan peraturan Kerajaan Arab Saudi.

“Kalau mahu merokok, buat di luar bangunan maktab sebagai menghormati jemaah lain yang tidak merokok. Dalam keadaan yang panas serta kering ini, kebakaran lebih mudah berlaku,” kata Nazif dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia, semalam.

Maktab 88 di Hotel Land Premuim setinggi 18 tingkat itu menempatkan lebih 4,000 jemaah haji dan terletak kira-kira 850 meter dari Masjidilharam.

Pertemuan dengan Nazif diatur oleh Urusetia Program Khas Haji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (PKHYABPM) 2016 sebagai usaha memastikan urusan ibadah lebih 1,100 bakal haji yang menunaikan rukun Islam kelima itu berjalan lancar.

Jemaah haji PKHYABPM 2016 berangkat ke tanah suci pada 24, 25 dan 26 Ogos lalu menerusi penerbangan KT28B, KT30B dan KT31B. 
Mereka akan berada di Mekah dan Madinah sehingga awal Oktober ini.

Nazif turut menasihatkan jemaah haji supaya menjaga kesihatan kerana kemuncak ibadah tersebut iaitu wukuf dan melon­tar jamrah hanya kurang dua minggu lagi.

“Dalam keadaan cuaca panas te­rik ini, jemaah haji diminta le­bih teliti dengan tahap kesiha­tan mereka agar kekal si­hat dan­­ bertenaga untuk me­nu­nai­kan­ ibadat,” kata beliau.