Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perkara itu terbukti apabila jumlah pesakit dima­sukkan ke wad berkurangan berbanding tahun lalu.

“Setakat hari ini hanya 50 orang jemaah kita sedang dirawat iaitu 41 orang di Pusat Rawatan Tabung Haji Syisya dan sembilan di hospital Arab Saudi. Jumlah ini dianggap menurun dan merupakan paling rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengetuai pengurusan kanan Tabung Haji mengadakan ­la­watan di pusat rawatan tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk ­Johan Abdullah dan Ahli Lem­baga Pengarah Tabung Haji, Tan Sri Badruldin Amiruddin dan Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Lawatan itu turut disertai Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Abdul Azeez berkata, selain kursus, panduan dan pene­rangan, langkah mengadakan jari­ngan pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan juga banyak mem­bantu mengelakkan jemaah sakit ketika berada di sini dan Madinah.

“Bagaimanapun, saya sekali lagi mengingatkan jemaah haji supaya menjaga kesihatan menjelang hari wukuf minggu depan. Kalau mahu melaksanakan umrah berkali-kali, tengoklah kemampuan diri, janganlah ikut kawan-kawan.

“Dalam cuaca panas yang kini mencecah 45 darjah celcius, ia boleh mendedahkan jemaah haji kita kepada strok haba. Oleh itu mereka perlu berhati-hati, kalau batuk sedikitpun datanglah jumlah doktor kerana matlamat kita ialah untuk memastikan semua jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan wukuf,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez memberitahu, seorang lagi ­je­­maah Malaysia meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah ke­seluruhan enam orang iaitu ma­­sing-masing tiga orang di sini dan Madinah serta seorang di tanah air.

“Pauziah Hamzah, 55, dari Ampang, Selangor meninggal dunia tan­pa sakit khusus dan Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham,” kata­nya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Azeez berkata, mulai semalam pengurusan Tabung Haji mengadakan lawatan ke maktab-maktab penginapan jemaah haji Malaysia bagi meninjau persiapan akhir menjelang hhari wukuf.

“Kita mahu memastikan segala gerak kerja para petugas Tabung Haji dapat dilaksanakan seperti mana dirancang,” kata­nya.