Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, kehadiran Aidiladha memperingatkan umat Islam tentang sirah penting dalam kalendar Islam iaitu kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail berasaskan ke­taatan kepada Allah.

Beliau berkata, sirah pe­ngorbanan itu menuntut umat Islam menghayati hikmah di sebalik ibadah korban dan mengajar mengenai hakikat pengorbanan sebenar.

“Kemajuan tamadun juga memerlukan pengorbanan. Lebih maju sesebuah tamadun, lebih banyak pengorbanan diperlukan. Pengorbanan dari segi buah fikiran, tenaga, harta benda dan wang ringgit.

“Di Johor, kita perkenalkan agenda Johor Islami yang menjadi aturan sendi kehidupan umat Islam dan penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, usaha menjayakan matlamat Johor Islami memerlukan pengorbanan dan bukan menjadikannya sebagai slogan semata-mata.

“Tokoh Islam, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebut berkenaan tadhi­yah (pengorbanan) iaitu berkorban yang membawa makna menyumbang jiwa dan raga, masa dan harta serta segala-galanya untuk mencapai matlamat.

“Segala pengorbanan demi matlamat Islami tidak akan sia-sia, sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran lebih besar,” katanya.

Justeru itu tegas beliau, umat Islam perlu berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk kehidupan seha­rian demi memenuhi tuntutan iman dan takwa.