Pemilik Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, perkara tersebut dipersetujui antara beliau dan para pemain yang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan.

"Kerajaan negeri pun ada sumbangan yang lain ke sana...kita bagi berapa yang kita mampu, kalau tak silap saya dalam RM500,000 hingga RM600,000... niat kita ikhlas untuk bantu mereka yang memerlukan.

"JDT lebih daripada sebuah kelab, kita membantu masyarakat dan komuniti juga," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perjanjian Persefahaman antara Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan World League Forum (WLP),,di sini sebentar tadi.

Kerajaan negeri memberi imbuhan RM1 juta kepada JDT kerana berjaya muncul juara Piala Malaysia 2017 dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam. - UTUSAN ONLINE