Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, jumlah itu tidak termasuk penda-patan Kumpulan QSR yang bernilai RM4.56 bilion pada 2017.

Jelas beliau, keuntungan sebelum cukai Kumpulan meningkat kepada RM665 juta berbanding RM541 juta bagi tempoh sama 2016 dipacu oleh peningkatan margin operasi dari sektor hartanah.

“Faktor lain yang menyumbang kepada perolehan Kumpulan adalah pendapatan daripada pembangunan dan jua-lan tanah di Bandar Dato’ Onn, penjualan perniagaan perladangan Kulim di Indonesia serta keuntungan tukaran asing kesan dari pengukuhan nilai ringgit.

“Keuntungan selepas cukai meningkat 31 peratus kepada RM542 juta berbanding RM415 juta pada 2016,” katanya dalam taklimat media prestasi kewangan Kumpulan JCorp di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE