Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, pihaknya yakin langkah itu dapat dilaksanakan supaya jabatan tersebut terus menjadi agensi penyelamat yang benar-benar ikhlas berkhidmat kepada negara.


“JBPM mahu menjadi salah satu jabatan yang terbaik bukan sahaja sebagai agensi penyelamat kemalangan dan bencana malah satu pasukan yang kukuh dari segi integriti dan amalan mereka.


“Untuk itu setiap anggota dan pegawai JBPM berikrar bidang integriti merupakan salah satu amalan yang akan diberi penekanan dan tidak akan dilupakan di sebalik tugas hakiki kami,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Forum Pemerkasaan Integriti peringkat Zon Selatan di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh di sini sebentar tadi. 


Majlis penutup program tersebut yang dianjurkan bersama oleh JBPM, kerajaan negeri, Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. - UTUSAN ONLINE.