Pengarahnya, Mohd. Ajib Ismail berkata, pemantauan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai melalui laman sosial semalam.

“Berdasarkan keputusan fatwa oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bercanggah dengan hukum syarak.

“Jadi penyebaran ajaran lain selain ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada penganut agama Islam di Wilayah Persekutuan adalah dilarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ajib berkata, pihaknya memohon pihak yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyebaran fahaman Syiah untuk memberi maklumat kepada Jawi bagi tindakan lanjut. -UTUSAN ONLINE