Ketua Pengarah Ja­kim, Tan Sri Othman Mustapha (gambar) berkata, me­syuarat Jemaah Menteri pada 4 Ogos lalu memberi mandat kepada pihaknya menjadi urus setia jawatankuasa itu bagi melaksanakan cadangan memperkasa mahkamah syariah yang diputuskan oleh Kabinet.

Menurut beliau, jawatankuasa tersebut akan mempunyai dua jawatankuasa pelaksana iaitu pemandu dan induk.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Presiden Universiti Islam Malaysia, Tan Sri Dr. Yusof Noor. Pemilihan beliau atas berlandaskan pengalaman luas dan ketokohan beliau dalam pelbagai bidang.

“Ia juga dianggotai oleh tokoh tempatan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dengan sebahagian daripada mereka mengetuai enam kluster,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Othman berkata, enam kluster tersebut antaranya adalah mengharmonikan antara undang-undang sivil dan syariah, cada­ngan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan pengurusan serta penstrukturan mahkamah syariah.

“Tiga kluster lain membabitkan latihan hakim dan pegawai syariah, pendidikan undang-un­dang syariah dan hal ehwal berkaitan peguam syarie.

“Keanggotaan ahli jawatankuasa ini dikenalpasti dan pelantikan rasmi akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.