SALAHUDDIN AYUB

Sambil mengakui sukar bagi kementeriannya untuk mena­ngani isu itu secara sendirian, beliau berkata, kerjasama agensi dan kementerian lain juga diperlukan bagi menangani isu lambakan tersebut secara holistik.

Jelasnya, cadangan jawatankuasa baharu ini berbeza de­ngan jawatankuasa Kabinet sedia ada dipengerusikan Menteri Dalam Negeri bagi mengawal kemasukan pekerja asing.

“Untuk kita menghalang me­reka membeli atau menyewa ta­pak perniagaan di pasar borong sebagai contoh serta memastikan kebun kecil dan estet tidak dimiliki golongan pendatang asing, kementerian tidak boleh stand alone.

“Satu jawatankuasa baharu peringkat Kabinet perlu ditubuhkan untuk melihat perkara ini.

“Di pe­ringkat ke­menterian, paling ki­­ta mampu iaitu me­nyediakan kemudahan terbaik berdasarkan peruntukan yang sedia ada untuk menggalakkan anak-anak muda tempatan terlibat dalam industri ini, tetapi berlakunya lambakan pekerja asing tanpa kawalan dan pemberian sewa serta pemilikan bangunan yang begitu longgar, itu saya rasa perlu dibincangkan dalam skala lebih besar,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri M. Saravanan (BN-Tapah) yang me­­minta kerajaan me­nyatakan langkah diambil untuk mena­ngani isu warga asing yang hampir menguasai industri pertanian khususnya memiliki tapak pasar pertanian di negara ini.

Terdahulu, menjawab cadangan supaya kementerian mening­katkan pendapatan golongan belia dalam bidang pertanian, Salahuddin berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program dengan kesan positif.