Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, ini kerana pihak luar tidak tahu tentang sejarah dan cara pentadbiran negeri ini.

“Baca dan fahami setiap perkara yang terkandung dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor pada tahun 1895 yang telah menjadi asas kepada pembentukan dan kemajuan negeri Johor sehingga ke hari ini,” titahnya.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini sebentar tadi.

Sultan Ibrahim bertitah, pada masa sama kakitangan dan jentera pentadbiran kerajaan diingatkan supaya sentiasa menjaga imej yang baik dan memberikan perkhidmatan cemerlang dengan penuh dedikasi serta integriti. - UTUSAN ONLINE