Beliau yang juga Yang Dipertua Bakti berkata, tindakan itu penting bagi menangkis segala tohmohan dan juga fitnah yang membuta tuli yang secara langsung boleh mencetuskan bibit perpecahan terutama dalam kalangan parti.

“Jika kita dilihat tidak bersatu,hilang solidariti dan juga hilang kesepaduan tentunya perkara ini akan memberi bonus kepada pihak di sana.

“Sehubungan itu, ahli-ahli juga harus bersiap sedia demi kesejahteraan rakyat di negara ini kerana gelombang PRU - 14 semakin hampir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Bakti Ke-41 di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE