Menurut beliau, sememangnya Bersatu dari awal-awal lagi mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai parti berkenaan tetapi dua perkara itu perlu diambil kira.

“Seperti ditekan beberapa kali memang semua dijemput sertai (Bersatu) tetapi paling mustahak tak boleh ada (pemimpin terlibat) kes jenayah atau kes di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian selepas menutup Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2018 di Kampung Parit Bugis, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Norhayati Bachok.

Syed Saddiq mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang meminta mana-mana ahli UMNO yang ingin menyertai Bersatu perlu membuktikan kesetiaan mereka dengan tidak lagi terikat bersama-sama parti yang memerintah negara selama 61 tahun lalu. -UTUSAN ONLINE