SYED SADDIQ

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam laman sosial Facebooknya nyata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Ahli Parlimen Muar itu memberitahu, mereka akan membuat satu polisi berkaitan perkara tersebut.

“Bagi memastikan demokrasi di Malaysia terus berkembang maju, pembangkang yang kuat dan berwibawa diperlukan bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa menjadi pihak yang bertanggungjawab.

“Berikan peruntukan bukan kerana mereka adalah pembangkang tetapi mereka akan menjadi sekat dan imbang,” katanya.

AMINOLHUDA
AMINOLHUDA

Semalam, Osman dalam sidang akhbar selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-16 memberitahu, tiada peruntukan kecil pembangunan akan diberikan kepada pembangkang di negeri ini kerana dana itu adalah hak kerajaan yang memerintah.

Sementara itu, Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kenyataan dibuat Menteri Besar tersebut bukan merupakan satu polisi yang te­lah dimuktamadkan, sekali gus pihaknya berjanji kerajaan ne­geri baharu akan memberi penekanan terhadap aspek integriti, amanah dan adil.

Menurutnya, mereka memahami aspirasi Bangsa Johor yang mahu melihat perubahan dalam corak pentadbiran ne­geri demi kebaikan rakyat dan mengambil maklum keresahan mereka ekoran kenyataan tersebut.

“Berikan kami masa untuk meneliti jumlah perbelanjaan ditinggalkan kerajaan UMNO dan BN yang lalu. Kami komited melakukan 100 peratus pembaharuan yang didambakan,” katanya.