Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan salah tafsir cadangan kaji sekolah pelbagai aliran - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menyibarkan Jalur Gemilang dala
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang dalam program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR 15 April - Cadangan agar sistem pendidikan negara dikaji semula bagi mewujudkan perpaduan nasional bukan bertujuan menghapuskan sekolah pelbagai aliran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,  cadangan itu bertujuan perkukuhkan sistem pendidikan negara supaya integrasi nasional diwujudkan tanpa mengetepikan dasar pelajaran kebangsaan terutama di peringkat sekolah rendah.

Menurutnya, tetapi apabila di peringkat sekolah menengah, kurikulum yang baharu ke arah mewujudkan penyatuan bangsa Malaysia hendaklah dilihat dengan teliti.

“Jangan salah tafsirkan bahawa kerajaan mahu hapuskan sistem pendidikan tiga aliran di negara ini dan saya tidak sarankan penghapusan sekolah 
pelbagai aliran.

“Ini selari dengan dasar pelajaran kebangsaan yang menyebut bahasa-bahasa ibunda hendaklah digalakkan pengajarannya di sekolah rendah tetapi kita mesti mencari jalan untuk menyatukan kurikulum pendidikan agar perpaduan nasional diterjemahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain