Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi berkata, beliau bimbang dengan fenomena tersebut yang dikatakan semakin menular di kalangan golongan itu ketika ini selain mengharapkan ia dapat dibendung dengan segera. 

Katanya, walaupun pengunaan media sosial itu memberi manfaat yang luas, namun ia tidak harus disalahgunakan untuk menjalankan peniagaan produk tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dengan sewenang-wenangnya. 

“Mengapa melakukan urus niaga yang hanya menjerumus diri ke kancah kerosakan. Sedangkan banyak lagi produk kesihatan yang baik serta diluluskan pihak berkuasa boleh dijual dan mampu menjana keuntungan. 

“Apa yang penting, kita mencari rezeki halal dengan menjual produk yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi dan Kempen Anti Dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, di sini hari ini. 

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengetua SMK Seksyen 9, Ahmad Kamal Idris dan Ketua Bahagian Pencegahan & Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superitenden Lai Lee Peng.

Dalam pada itu, Mohd. Najwan turut meminta masyarakat mengambil kesedaran selain bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menbendung fenomena ini. - UTUSAN ONLINE.