Beliau berkata, hal ini berikutan masih banyak lagi universiti tempatan yang masih bergantung kepada dana awam.

Setakat ini, katanya, hanya separuh daripada 20 universiti tempatan masih bergantung penuh dengan dana kerajaan.

“Bukan semua universiti tempatan mampu bergantung atas kewangan sendiri kerana kebanyakan adalah universiti baharu, ” katanya selepas menghadiri Persidangan Kepimpinan dan Governan Institut Pengajian Tinggi Awam kali ke-3 di Sunway Resorts and Spa Hotel, Bandar Subway dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE