Ahmad Zahid berkata, pada masa ini ramai pihak terutama ahli politik berminat untuk menerajui koperasi memandangkan prospek masa depan koperasi yang cerah di negara ini.

“Tetapi saya harapkan agar jangan dipolitikkan mana-mana koperasi walaupun kita ahli politik daripada parti yang berbeza.


“Ini kerana kepentingan ahli dan pemegang saham koperasi mesti didahulukan mengatasi kepentingan politik,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Raya Perdana Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini hari ini. - ONLINE