Shahrir berkata, pelantikan Azhar sebagai Pengerusi FGV adalah satu pilihan yang tepat kerana mempunyai pengalaman luas dan latar belakang penglibatannya dalam industri sawit.

Beliau tidak melihat Azhar sebagai individu yang tidak bertanggungjawab apabila diamanahkan memegang jawatan Pengerusi FGV sejak 11 September lalu. 

“Ada yang menasihatinya untuk memberi komitmen penuh dan jangan melarikan diri seperti dilakukan ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp pada 2014. Pada saya, itu komen yang tidak berasas berhubung peletakan jawatannya. 

“Saya tak fikir dia (Azhar) seorang yang akan lari daripada tanggungjawab. Kita tengok sahaja pada rekod kerjaya dia, apa lagi yang perlu kita pertikaikan apatah lagi dipolitikkan isu ini,” katanya ketika ditemui selepas program Jelajah UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE