Mengakui kini kehidupannya lebih tenang selepas memilih untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, Ali atau nama sebenarnya Mohd. Ali Ismail memberitahu dia tidak layak untuk dipanggil ustaz.

“Saya masih banyak lagi perlu belajar tentang ilmu agama ini. Meksipun umur saya dah 50 tahun, tapi masih belum terlewat nak kaut pahala.

“Alhamdulillah saya bahagia dengan jalan yang dipilih ini. Kalau boleh saya mahu luaskan skop perkongsian tentang penghijrahan ini kepada lebih ramai lagi anak muda.

“Saya pun pernah merasai zaman muda dan tak salah rasanya nak berkongsi perkara yang baik.

“Tak perlulah panggil saya ustaz sebab saya sedar diri belum cukup ilmu agama. Saya masih lagi penyanyi yang orang kenali dan masih lagi aktif menyanyi jika ada undangan persembahan,” katanya. - UTUSAN ONLINE