Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata, dalam hal ini, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya harga barangan tersebut dinaikkan kerana produk-produk berasaskan pertanian itu secara asasnya tidak dikenakan SST.

“Saya telah arahkan pegawai-pegawai saya untuk membuat pemantauan harga dan ini akan dilakukan pada setiap bulan sehingga enam bulan agar proses peralihan daripada GST (cukai barangan dan perkhidmatan) kepada SST berjalan lancar.

“Jika ada peniaga didapati terlibat, kami (pihak kementerian) akan mengambil tindakan yang tegas dan ini satu amaran buat mereka, jangan main-main dengan kami,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri satu sesi taklimat berkaitan insentif nelayan di Hotel Pan Mutiara, Batu Maung di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE