Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tidak boleh dicapai hanya kerana hasil usaha dan pengorbanan pemimpin sedia ada.

Menurutnya, kemajuan yang dicapai merupakan kesinambungan hasil perjuangan yang telah dilakukan pemimpin terdahulu meskipun mereka telah tiada.

"Pemimpin terdahulu harus dihargai kerana jangan fikir wujudnya kita hari ini kerana kita, tetapi kerana pemimpin dahulu yang tidak tikam dari depan mahupun belakang.

"Begitu juga pemimpin lama yang tidak telah tinggalkan perjuangan. Kalau yang telah tinggalkan perjuangan itu, biarkan sahaja mereka," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam Program Ceria ke Sekolah 2018 melibat 6,000 pelajar sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Bagan Datuk dan Perasmian Dewan Datuk Loppe Hashim di Pekan Bagan Datuk di sini hari ini.  - UTUSAN ONLINE