Sebagai contoh, gegantung promosi tertera 'kopi Pok Ya Cong Codei' dan 'Jualan Istimewa Pok Ya Cong Codei' dikatakan sudah mula dipamer di premis-premis perniagaan di sekitar bandar ini.

Pelakon dan pengarah telefilem itu, Sabri Yunus berkata, Pok Ya Cong Codei sama sekali tidak ada kena mengena dengan produk-produk berkenaan dan mengakui beliau ralat nama tersebut dimanipulasi sewenang-wenangnya.

"Saya agak ralat dalam soal ini. Bukan tidak bagus (guna nama Pok Ya Cong Codei). Kalaulah nama Pok Ya Cong Codei itu boleh memberi rezeki lebih kepada mereka, itu bagus dan syukur Alhamdulillah.

"Tetapi adalah lebih baik jika dia buat dengan kaedah betul atau sekurang-kurangnya meminta izin pihak kami. Itu adalah lebih baik,” katanya.

Beliau ditemui selepas Program Santai Makey Tey bersama Pok Ya Cong Codei: Sengoti Ko Lipak (Minum Teh bersama Pok Ya Cong Codei: Betul atau Tipu), di Hotel Grand River View (GRV), di sini semalam.

Program anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) itu dihadiri kira-kira 300 peminat Pok Ya Cong Codei yang berpeluang bertemu dan berbual santai dengan watak itu secara lebih dekat. - UTUSAN ONLINE