Mahamad Naser Disa
MAHAMAD NASER DISA

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Datuk Profesor Mahamad Naser Disa berkata, ini kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad dan tidak berkuasa membicarakan kes sivil.

Dalam soal ini katanya, mahkamah berkenaan hanya membicarakan kes seperti urusan perkahwinan pasangan Islam, serta salah laku seperti khalwat, zina dan minum arak khusus untuk orang Islam sahaja.

"Perkara ini berlaku disebabkan kekeliruan tokoh politik yang menang pilihan raya tetapi mereka lupa bahawa Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyebut Islam agama negara ini.

"Ini kerana mereka keliru dengan menyangkakan negara ini masih sebagai sekular, " katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom program Jelajah Malaysia "Ke Arah Negara Bersyariah" anjuran Kongres Rakyat di Masjid Jamek Seberang Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE