Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini kerana langkah meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah bagi mewujudkan semak dan imbang di dalam institusi tersebut.

“Kita mesti berganjak daripada pemikiran rasis sebab BNM mengawal selia bukan sahaja semua bank tetapi juga institusi kewangan yang lain.

“Kalau tidak ada kawal selia maka di Tabung Haji tidak ada semak dan imbang, selama ini kerana tidak ada semak dan imbang mereka yang lakukan kesalahan di dalam Tabung Haji dibiarkan begitu sahaja,” katanya selepas melawat pejabat operasi bagi program Mutiara Food Bank di sini hari ini.

Semalam, hampir 20,000 warganet telah menandatangani Petisyen Membantah Lembaga Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan.

Petisyen yang dikelolakan oleh Esmee Mat Isa dalam laman change.org itu juga membantah Tabung Haji diletakkan di bawah pengawalseliaan BNM. - UTUSAN ONLINE