NG YEEN SEEN

Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Penyelidikan, Nasihat dan Teknologi (Create), Ng Yeen Seen berkata, tiada majikan yang suka dengan pekerja yang kuat meru­ngut yang akhir­nya gagal men­yiapkan tugasan yang diberi.

“Kita tidak perlu gusar de­ngan kecanggihan teknologi yang melahirkan lebih banyak robot untuk mengambil-alih tugas manusia, sebaliknya kita perlu risau jika ada individu lain yang lebih proaktif dan akan menggantikan jawatan kita di pejabat.

“Majikan sebenarnya mahukan seorang pekerja yang tangkas, fleksibel dan cepat menyesuaikan diri. Mereka juga mahukan seorang pekerja yang kreatif dan inovatif sekali gus mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah kerja dan syarikat,” katanya kepada Utusan Malasia selepas menjadi panel da­lam Forum Pendidikan Tinggi Malaysia (MyHEF) 2017 di sini hari ini.

Menurut Yeen Seen, graduan juga perlu mampu berfikir di luar kotak dan mempunyai kemahiran komunikasi dua hala selain mempunyai semangat kerja berpasukan.