Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini mempunyai tugas berat iaitu merawat semula pelbagai penya­kit yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Sehubungan itu, ka­tanya, beberapa projek pembangunan terpak­sa dibatalkan selain kerajaan ti­dak mempunyai kewangan untuk melaksanakan perbelanjaan tambahan.

“Saya harap rakyat boleh bersama-sama membuat pengorbanan seperti mana kita harapkan. Barisan Menteri dipotong gaji 10 peratus pada hari pertama,” katanya selepas menghadiri majlis taklimat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bersama peniaga, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Per­dana Menteri, Tun Dr. Maha­thir Mohamad yang mana Bajet 2019 yang dibentangkan nanti sebagai bajet berhemah dan memerlukan pengorbanan seperti dilakukan beberapa negara yang berdepan krisis kewangan terma­suk Greece.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rakyat perlu memahami kerajaan juga terpaksa menanggung beban hutang termasuk RM50 bi­lion bagi satu syarikat di bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya rasa Perdana Menteri maksudkan ba­hawa skandal kewa­ngan yang berlaku menyebabkan banyak wang hilang, beban hutang tinggi, jadi kita tidak ada wang untuk bagi hadiah kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng ber­kata, penjualan rokok di kedai makan dan minuman bawah nilai RM500,000 dikecualikan SST.

Katanya, harga rokok ketika ini masih sama, namun cukai perlu dibayar dan kelonggaran tamba­han yang diberikan itu hanya mem­babitkan makanan dan mi­numan.