Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan beri kenyataan media berhubung kes yang disiasat - SPRM

Dzulkifli Ahmad
Dzulkifli Ahmad

PUTRAJAYA 24 Ogos - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada mana-mana pihak khususnya saksi SPRM supaya tidak membuat kenyataan kepada media berhubung kes yang sedang disiasat.

Beliau memandang serius mengenai tindakan pihak-pihak tertentu justeru tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang bertindak sedemikian di bawah Seksyen 48 H Akta SPRM 2009.

“Perkara ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 48 H Akta SPRM 2009. Ia adalah satu kesalahan dan dianggap sebagai gangguan kepada siasatan yang dijalankan SPRM.

“Sekiranya mereka ada perkara yang ingin disampaikan perlulah menyatakan kepada SPRM untuk dirakamkan percakapan,” katanya selepas upacara menaikkan bendera SPRM sempena beroperasinya bangunan SPRM baharu di Presint 7 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain