Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan abaikan keselamatan ketika aktiviti kayuhan basikal - Raja Muda Perlis

rmps-ride
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL semasa menyertai kayuhan ‘Master Glide’ anjuran Sukimi Lube (Malaysia) Sdn Bhd bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60 di Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitah ingatkan masyarakat yang melakukan aktiviti berbasikal supaya tidak mengabaikan faktor keselamatan, khususnya ketika berkayuh di jalan raya.

ride rmps
 

Raja Muda Perlis bertitah, mereka perlu merancang laluan dan memastikan ia tidak melibatkan laluan yang terlalu sibuk dengan kenderaan lain.

Baginda juga bertitah, pemandu kenderaan pula perlu bertimbang rasa memberi laluan kepada mereka yang berbasikal kerana ia merupakan satu aktviti yang sihat dan semakin popular dewasa ini.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat bercemar duli menghadiri program kayuhan berbasikal ‘Master Glide’ anjuran Sukimi Lube (Malaysia) Sdn Bhd bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60.

Kayuhan di sekitar bandar Shah Alam, Selangor Darul Ehsan sejauh 26 kilometer pagi semalam yang bermula dan berakhir di Seksyen 13 tersebut turut disertai tokoh-tokoh politik, penjawat awam dan juga ahli korporat.

Pada kesempatan yang sama, baginda turut mengucapkan selamat berjaya dengan cemerlang kepada semua para pelajar darjah enam yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain