Ahmad Razif

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kesan limpahan ekonomi yang bakal dijana daripada projek berkenaan tidak dapat disangsikan lagi.

“Menjadi harapan agar bahan-bahan tempatan dapat digunakan dan kontraktor tempatan diberi peluang melibatkan diri dalam pelaksanaan projek mega ini.

“Kerajaan negeri ingin me­ngucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif dan kerja kerasnya demi menjayakan projek ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) membuktikan mereka tidak bercakap kosong sebaliknya sentiasa menunaikan janji untuk meningkatkan kemudahan pe­ngangkutan awam menerusi majlis pecah tanah projek ECRL yang disempurnakan Perdana Menteri di Kotasas di sini hari ini.

Beliau berkata, projek ECRL akan memudahkan penduduk di Terengganu ke Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur selain dapat meningkatkan urus niaga perdagangan kargo dari Pelabuhan Klang ke negeri berkenaan.

“Majlis hari ini menandakan bahawa projek ini bukan retorik semata-mata. Saya difahamkan projek ini bermula pada Januari depan yang akan memberi ba­nyak manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek berkenaan.