MAH SIEW KEONG
MAH SIEW KEONG

Beliau berkata, langkah-langkah itu diambil terutama selepas keputusan pengundian Parlimen Kesatuan Eropah (EU) semalam yang menyekat biobahan api daripada minyak sawit sebagai sebahagian daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.


“Keputusan ini adalah diskriminasi terhadap minyak sawit. Mereka tidak pula menyekat lain-lain minyak, hanya minyak sawit.


“Negara-negara pengeluar minyak sawit perlu mengambil tindakan. Jika mereka mendiskriminasi dan melarang minyak sawit kita, jangan pula fikir kita akan terus beli produk Eropah kerana tindakan itu adalah tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Seminar Palm Oil Economic Review and Outlook 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE