BARU BIAN
BARU BIAN 

Menterinya, Baru Bian berkata, kementerian akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tindakan bertanggungjawab sekiranya terbukti ada unsur kecuaian. 

“Berdasarkan siasatan awal, punca jambatan tersebut runtuh adalah akibat runtuhan tanah di struktur abutment jambatan yang menyebabkannya telah teranjak dan gagal lalu menyebabkan kejadian ini berlaku. 

“Kementerian menegaskan bahawa dalam setiap projek yang dilaksanakan oleh JKR, perlu dilaksanakan mengikut spesifikasi dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan serta mengutamakan aspek keselamatan pengguna. 

“JKR juga tidak pernah menggunakan penghadang jalan keluli (galvanised steel railings) seperti yang digunakan di jambatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE