Baginda bertitah demikian ketika merasmikan jambatan berkenaan hari ini.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pembinaan jambatan sepanjang 2.5 kilometer merentasi Sungai Klang dari persimpa­ngan Sungai Udang dan ber­akhir di Tanjung Syawal itu adalah bagi mengurangkan ke­se­sakan lalu lintas dan menyu­raikan trafik sekitar Klang. Ia mula dibina pada Julai 2014 dan siap pada Jun lepas.

Jambatan itu dijangka mampu mengurangkan 20 peratus jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana.

Raja Muda Nala, adalah pu­tera kepada Sultan Selangor yang pertama, Sultan Sallehuddin Shah.

Apabila Sultan Salle­huddin mangkat pada tahun 1778, pu­tera baginda, Raja Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Se­langor bergelar Sultan Ibrahim Shah.

Baginda kemudian melantik pula adinda baginda, Raja Nala menjadi Raja Muda Selangor. – BERNAMA