Jamal ditahan pada Sabtu kerana mengugut mencederakan Zaid kerana didakwa menghina sultan.

Pada Rabu lalu, Jamal mengadakan protes membakar keratan gambar mirip Zaid.

Jamal bertindak demikian sebagai membantah tindakan biadap Zaid terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas dibebaskan hari ini, Jamal berikrar akan terus mengadakan protes bermula esok bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Zaid.

“Kita tidak mahu pada masa akan datang ada lagi tindakan kurang ajar kepada Sultan. Saya tidak serik. Esok kami akan adakan lagi protes terhadap apa yang dilakukan Zaid, penahanan saya ini sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus beri tekanan supaya Zaid diadili dengan seadilnya.

“Zaid seorang yang keras kepala, kita tidak mahu beliau hanya minta maaf tapi kita mahu beliau diambil tindakan. Adakah Zaid ini ada kekebalan? Kita tidak faham tapi saya pula di ambil tindakan,” katanya.