Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHo), kadar kematian bagi setiap 100,000 populasi di Thailand adalah sebanyak 32.7 iaitu mengatasi Vietnam di tempat kedua dengan 26.7.

Singapura pula mempunyai sistem jalan yang paling selamat dengan kadar kematian yang direkodkan adalah sebanyak 2.8.

Kadar kematian yang dicatatkan oleh Thailand ketika ini meningkat daripada 32.6 dalam tempoh tiga tahun lalu, sekali gus menjadikan negara ini sebagai negara kedua paling banyak merekodkan kematian akibat kemalangan jalan raya selepas Libya.

Sementara itu, hanya Brunei tidak tersenarai dalam tinjauan Keselamatan Jalan dan Laporan Status Global yang dikendalikan oleh WHO. – AGENSI