Logo LTdL 2018
 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hasadid A. Hamid berkata, daerah itu merupakan penamat bagi peringkat kelima kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa itu yang akan berlangsung dari 18 hingga 25 Mac ini.

Katanya, para pelumba yang dilepaskan bermula di Dataran Bentong pada pukul 11 pagi dijangka tiba di pekan Tanah Rata pada pukul 3 petang.

"Kawasan-kawasan yang akan dilalui bagi daerah Cameron Highlands ialah Sempadan Sungai Koyan/Ringlet - Kampung Leryar - Lembah Bertam - Ringlet - Habu dan Tanah Rata Cameron Highlands.

"Orang ramai diminta merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menggunakan laluan Simpang Pulai sebagai laluan alternatif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebarang maklumat mengenai penutupan jalan boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands di talian 05-4911222 atau mendapatkan maklumat laluan LTdL 2018 di laman Facebook, Twiter JSPT dan Instagram JSPT. - UTUSAN ONLINE