Majlis perasmian projek laluan sejauh 1.25 kilometer termasuk jejambat sepanjang 650 meter yang keseluruhannya bernilai RM123 juta itu dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian, pagi tadi.

Menurut Baru, projek naik taraf jalan tersebut memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya khususnya dari segi keselesaan serta kelancaran perjalanan.

Pada masa yang sama, katanya, kesan daripada pembinaan projek ini membolehkan kawasan sekitar Batu Maung dan Permatang Damar Laut dibangunkan untuk tujuan komersial selain daripada meningkatkan sosio ekonomi dalam kalangan penduduk setempat. - UTUSAN ONLINE