OTHMAN MUSTAPHA
OTHMAN MUSTAPHA

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, cadangan Amerika Syarikat untuk  menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel adalah amat tidak wajar dan telah menafikan hak kedaulatan Palestin serta menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


“Justeru, Jakim sama sekali tidak menyokong cadangan untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel memandangkan bumi Palestin adalah hak milik umat Islam dulu kini dan selamanya. 


“Tindakan pelbagai pihak menganjurkan perhimpunan solidariti secara aman adalah amat signifikan sebagai memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan protes kita terhadap cadangan Baitul Maqdis untuk dijadikan sebagai ibu negara Israel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.