Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jakim seru solat hajat untuk Rohingya esok

PUTRAJAYA 13 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan masjid di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada 15 September ini bagi mendoakan agar isu Rohingya tidak berpanjangan.

Slug : Multaqa jakim.KEPALA BATAS 22 APRIL 2017 - KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Seri Othman Mustapha. Gambar: Sazali Che Din.Pemberita: Azeli Ali (Utusan Malaysia).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, seluruh masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat berkenaan termasuk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Penganjurannya bertujuan untuk mendoakan agar isu Rohingya ini tidak berpanjangan serta mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan negara kita sempena sambutan Hari Malaysia.

“Jakim memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan solat hajat pada tarikh dan masa dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, masyarakat umumnya mengetahui isu penindasan etnik Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar masih berterusan dan menimbulkan kebimbangan negara-negara jiran namun sehingga kini masih belum nampak tanda-tanda perdamaian.

Katanya, atas perkara tersebut, Jakim mengambil inisiatif untuk mengadakan solat hajat berkenaan.

“Jakim juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama terus berdoa agar negara kita sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain