Pengarah Penyampaian Projek MyHSR Corp., Mark Loader berkata, cadangan tersebut akan diserahkan selepas semua maklumat berkaitan dikumpul termasuk mendapatkan maklum balas orang awam.

“Kita sedang menjalankan Pameran Pemeriksaan Awam projek bermula 1 November hingga 31 Januari tahun depan bagi mengumpul maklum balas berhubung projek HSR itu.

“Kita jangkakan dapat menyerahkan cadangan jajaran itu kepada SPAD pada suku pertama 2018,” katanya dalam taklimat media berkaitan perkembangan Projek HSR KL-SG di sini sebentar tadi.

Perkhidmatan HSR KL-SG dijangka dapat memendekkan masa perjalanan antara stesen

HSR Bandar Malaysia di Kuala Lumpur dan Iskandar Puteri kepada 1 jam 50 minit, berbanding

3 jam 30 minit dengan menaiki kereta pada masa ini.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Komersial MyHSR Corp., Tonny Yeap memberitahu, pameran pemeriksaan yang dijalankan setakat ini di Johor mendapat sokongan memberangsangkan daripada penduduk dengan 99 peratus memberi maklum balas positif.

“Johor akan mempunyai jajaran laluan HSR terpanjang dengan 182 kilometer daripada keseluruhan jumlah jajaran anggaran 328 kilometer di Malaysia dengan mempunyai tiga stesen, iaitu di Muar, Batu Pahat dan bandar raya Iskandar Puteri,” katanya. - UTUSAN ONLINE