Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha, JAIM telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut untuk siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

"Jakim ingin memaklumkan perkara yang berlaku tidak akan menjejaskan pelaksanaan peperiksaan UPKK 2017 kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut. 

"Bagi memastikan kelancaran peperiksaan berkenaan, kita juga telah menyusun jadual peperiksaan yang baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE