Nor Farziwanie Jaafar Ali bergaya menyarungkan baju kurung unik yang diperbuat daripada Jalur Gemilang dan bendera Sarawak sempena Hari Kebangsaan 2017 di Kuching, kelmarin. UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

Perasaan teruja meraikan Hari Kebangsaan 2017 yang kebetulan diraikan sebaik sahaja Malaysia muncul juara Sukan SEA Ke-29 kelmarin dan Hari Raya Aidil­adha semalam, memberi idea kepada seorang wanita, Rozaini Deli, 46, untuk mencipta kelainan me­nyambut hari bersejarah itu.

Pemilik gerai makanan tradisional di Medan Niaga Satok di sini itu memberi­tahu, dia tiba-tiba berasa amat teruja untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan memakai baju kurung diperbuat daripada bendera Sarawak dan Jalur Gemilang sambil melayan pelanggan.