Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dijalankan melalui penganjuran program-program antarabangsa yang baharu antaranya Multaqa Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabangsa (IHAB) dan Pameran Teknologi dan Inovasi Halal (Hitex).

“Program-program seumpama itu akan dapat menzahirkan kepada masyarakat dunia bahawa Halal Malaysia adalah istimewa dan tidak terhad kepada produk makanan halal sahaja.

“Malaysia akan turut memanfaatkan halal yang dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baharu dengan sebaik-baiknya melalui Program Transformasi Ekonomi Islam yang dilihat mampu mengubah corak ekonomi Islam semasa agar ia lebih berdaya saing dan terkehadapan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Halal Malaysia Bil 3/2017 di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE