Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berharap, DBP dapat meningkatkan peranannya agar setaraf dengan British Council yang telah berjaya mengembangkan bahasa Inggeris ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

“DBP perlu menyusun semula program dan aktivitinya supaya selaras dengan keperluan semasa khususnya dalam memastikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Usaha pengupayaan DBP sebagai badan bahasa Melayu bertaraf dunia juga perlu digerakkan segera agar penyebaran bahasa Melayu ke serata dunia dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutup Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE