Anugerah tersebut disampaikan kepada Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohd. Sidek oleh wakil MBOR, Siti Hajar Johor sambil disaksikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahmad Zakaria berkata, kejayaan itu jelas menunjukkan komitmen usahawan tani khususnya bagi tanaman cili dalam meningkatkan hasi tanaman mereka.

“Program ini telah mendapat kerjasama daripada 128 usahawan tani melibatkan 130 lokasi penanaman cili dari seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima anugerah tersebut di HPPNK 2017 di Hall A, Maeps, Serdang, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE