Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, jawatakuasa itu  ditubuhkan memandangkan dakwaan yang dilemparkan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sangat serius dan boleh menjejaskan integritinya.

"Jawatankuasa ini yang ditubuhkan pada Isnin lalu akan memantau perjalanan siasatan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan lain yang berkaitan.

"Sehubungan itu, pihak Jabatan Peguam Negara menasihatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan seorang pegawai kanan SPRM mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Dalam pada itu, Mohamed Apandi turut menggesa supaya pemberi maklumat tampil membantu siasatan supaya setiap dakwaan tersebut dapat dibuktikan.-UTUSAN ONLINE.