Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MMD), Alui Bahari berkata, Taufan Lan kini bergerak menuju ke utara dan mula menjauhi perairan negara.

“Kesan sampingan taufan ini terhadap negara hanyalah sekadar cuaca lembap dan angin kencang di barat dan utara Sabah serta Labuan dijangka bermula 17 Oktober hingga 21 Oktober nanti.

“Orang awam dinasihatkan tidak mempercayai khabar angin di media sosial, sebaliknya terus merujuk kepada laman sesawang Jabatan Meteorologi iaitu www.met.gov.my, ataupun di aplikasi telefon mudah alih myCuaca, laman Facebook malaysiamet, Twitter @malaysianmet dan Talian Penting MetMalaysia di talian 1-300-22-1638. - UTUSAN ONLINE