Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan berikutan pembatalan operasi perjalanan itu, syarikat berkenaan dilarang untuk menjalankan sebarang pengoperasian feri penumpang di Terminal Penumpang Kuah, Langkawi; Terminal Penumpang Kuala Kedah dan Terminal Penumpang Kuala Perlis.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada semakan terhadap rekod perkhidmatan syarikat serta tahap pengurusan keselamatan feri-feri penumpangnya yang tidak memuaskan yang boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada para penumpang,” katanya.

Pada 25 Feb lalu, 52 penumpang feri Dragon Star 1 berhadapan detik cemas selepas feri itu terbakar sebaik bertolak dari Terminal Feri Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis sebelum diselamatkan oleh bot dan feri lain yang berada berdekatan. - BERNAMA